Wednesday, 15 June 2011

PUTIHKAN WAJAH DENGAN BARLI

Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahun dan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu. Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran. Batangnya boleh dijadikan kertas dan bahan pembinaan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadiikan sebagai makanan haiwan ternakan.


Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat. Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tingginya kira-kira satu meter.



Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. Terdapat dua jenis serat pemakanan iaitu mudah dilarutkan dan tidak mudah dilarutkan. Barli mempunyai kedua-dua jenis serat ini merupakan sumber terbaik serat yang mudah dilarut



Secara ringkasnya, barli berkhasiat untuk:
  • Mencegah/mengurangkan risiko sembelit
  • Mengurangkan kadar kolesterol
  • Mencegah kanser
  • Mengurangkan risiko kencing manis
  • Menyejukkan badan
  • Memelihara buah pinggang.
  • Melawaskan kencing.
  • Membantu melancarkan penghadaman.
Haa, khas untuk para pembaca yang disayangi sekalian, disini WanitaSihat akan kongsikan tips memutihkan wajah menggunakan barli ni. Jom lihat!

Barli Putihkan Wajah

Bahan yang anda perlukan:  Barli, jus limau nipis dan air masak.
Caranya:
1)     Ambil segengam barlu dan goreng tanpa minyak.
2)     Setelah sejuk, tumbuk barli hingga lumat.
3)     Bancuh serbuk barli tersebut dengan sedikit perahan air limau nipis dan air masak.
4)     Sapukan bancuhan tersebut di wajah sebelum tidur.


Seboleh-bolehnya, amalkan setiap selama seminggu untuk melihat hasilnya.
Jom amalkan barli dalam hidup kita. Sedap dan berkhasiat. Saya pun suka,anda pula bagaimana?

No comments:

Post a Comment